Tertarik dengan isu majalah Solusi isu No 28 yang mengaitkan kejatuhan tamadun disebabkan keruntuhan akhlak. Bermain dengan perkataan akhlak melayakkan kita untuk berbicara mengenai santun, cara kelakuan dan sebagainya. Akhlak yang baik mampu mendidik diri untuk lebih bersikap positif dan matang. Bagaimana ia mungkin? Sedari dulu, jika kita menghayati kisah-kisah para anbiya', Allah menurunkan nabi-nabi dengan tujuan bagi memperelokkan akhlak manusia selain mengajar manusia tentang tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ini. Manusia seringkali lalai dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya, >khalifah. Bukankah kita diciptakan sebagai waris nabi Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini? untuk saling menasihati ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran? Amal ma'ruf nahi munkar.
Keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini akan memberikan kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Mereka
merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan
yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak
tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Banyak
kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual,
penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka
berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh
budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya
pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan
keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri
individu.
Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah:
- Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan.
- Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan.
- Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan. Ke mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.
- Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat.
- Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.
Lihatlah dunia sekarang, kes-kes yang sering dirimbulkan dalam media massa sudah ckup untuk menggambarkan bagaimana kelakuan dan akhlak manusia di zaman ini.
Renung2kanlah.. semoga kita sentiasa diberikan hidayah-Nya
malu itu sebahagian daripada iman..
jadi malu lah kamu kepada Allah.. ^^
No comments:
Post a Comment