Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

WELCOME! -Terima Kasih- Kami Ucapkan Dalam Pelbagai Bahasa Dunia.

Bahasa Inggeris : Thank You
Bahasa Sepanyol : Gracias
Bahasa Jepun : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita
Bahasa Belanda : Dank Je
Bahasa Italia : Grazie
Bahasa Korea : Gamsa-hamnida
Bahasa Mandarin : Xie-xie
Bahasa Arab : Syukran
Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie
Bahasa India : Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya
Bahasa Finlandia : Kiitos, Kiitoksia
Bahasa Tagalog : Salamot
Bahasa Thai : Khwap khun, khwap khun khrap
Bahasa Scotlandia : Thank ye, Thenk Ye

Followers

Thursday 10 May 2012

Akhlak itu indah jika dipelihara ^^

Tertarik dengan isu majalah Solusi isu No 28 yang mengaitkan kejatuhan tamadun disebabkan keruntuhan akhlak. Bermain dengan perkataan akhlak melayakkan kita untuk berbicara mengenai santun, cara kelakuan dan sebagainya. Akhlak yang baik mampu mendidik diri untuk lebih bersikap positif dan matang. Bagaimana ia mungkin? Sedari dulu, jika kita menghayati kisah-kisah para anbiya', Allah menurunkan nabi-nabi dengan tujuan bagi memperelokkan akhlak manusia selain mengajar manusia tentang tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi Allah ini. Manusia seringkali lalai dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya, >khalifah. Bukankah kita diciptakan sebagai waris nabi Adam untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini? untuk saling menasihati ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran? Amal ma'ruf nahi munkar.


Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini akan memberikan  kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat kita pada hari ini. Mereka merupakan aset utama negara pada masa akan datang,  memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. 
 
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
 
 Hari ini, saya akan berkongsi dengan anda, antara kesannya ke atas individu itu sendiri. Antara kesan yang paling ketara ialah:
  • Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Disebabkan oleh perbuatan mereka, masyarakat tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan. 
  • Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap perbuatan berkenaan.
  • Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan.  Ke mana saja serta apa yang dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang buruk terhadap individu berkenaan.
  • Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi keatas perbuatan yang telah dilakukan. Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami tekanan perasaan dan emosi dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil dan tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan masyarakat.
  • Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti AIDS, Hepetetis B, Kanser dan sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang terlibat dalam gejala ddaah pasti akan mudah mendapat penyakit HIV, dan begitu juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan meminum arak akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.

 Lihatlah dunia sekarang, kes-kes yang sering dirimbulkan dalam media massa sudah ckup untuk menggambarkan bagaimana kelakuan dan akhlak manusia di zaman ini. 


Renung2kanlah.. semoga kita sentiasa diberikan hidayah-Nya

malu itu sebahagian daripada iman..
jadi malu lah kamu kepada Allah.. ^^




Wednesday 18 April 2012

20 Bangunan Pelik Di Dunia

Pelik betul dengan rekaan bangunan-bangunan ni. Sangat kreatif arkitek-arkitek luar negara ni. Cuba buat satu dekat Malaysia, boleh? hehehe..

1) HOUSE ATTACK (VIENNA, AUSTRIA)


 2) BIBLIOTHECA ALEXANDRINA (EGYPT)


3) MONTREAL BIOSPHERE (CANADA)


4) ROTATING TOWER, DUBAI, UAE

 


5) WOODEN GAGSTER HOUSE (ARCHANGELSK, RUSSIA)



6) ATOMIUM (BRUSSLES, BELGIUM)


7) CASA DA MUSICA (PORTO, PORTUGAL)



8) MUSEUM OF CONTEMPORARY ART (NITEROI, RIO DE JANEIRO, BRAZIL)


9) CROOKED HOUSE (SOPOT, POLAND)


10) EDEN PROJECT (UNITED KINGDOM)


11) GUGGENHEIM MUSEUM (BILBAO, SPAIN)



 12) HABITAT 67 (MONTREAL. CANADA)


13) KANSAS CITY LIBRARY (MISSOURI, USA)


14) KUNSTHAUS (GRAZ, AUSTRIA)






 15) LOTUS TEMPLE (DELHI, INDIA)


16) NATIONAL THEATRE (BEIJING, CHINA)



17) OLYMPIC STADIUM, (MONTREAL, CANADA)





18) STONE HOUSE (PORTUGAL)


19) THE BASKET BUILDING (OHIO, USA)




20 ) WONDERWORKS (USA) 



P/S: Malaysia pun dah ade jugak taw. Rumah terbalik di Sabah.





Saturday 14 April 2012

3 Hubungan dalam tamadun islam


Assalamualaikum wbt.





Diatas ialah gambar yang merujuk kepada 3 hubungan utama yang diterapkan dalam Tamadun Islam iaitu, hubungan kita selaku manusia dengan pencipta. Hubungan kita sesame hambaNYA yang lain. Serta yang terakhir ialah, hubungan antara kita dengan alam ciptaanNYA.

Bagaimana kita menjaga hubungan denganNYA?
-Allah telah menetapkan prosedur ibadat yang sempurna kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW, lalu ilmu yang dimiliki baginda disebarkan dikekalkan pengunaanya sehingga ke hari ini. Ibadat kepada Allah SWT ialah hubungan yang paling tinggi darjatnya dalam kehidupan manusia dimana ianya mengatasi hubungan sesame manusia malah hubungan manusia dengan alam.

Bagaimana cara menjaga hubungan sesame manusia?
-Asalnya kita adalah dari keturunan Nabi Adam a.s. Maka dengan itu, hubungan kita semua merupakan keluarga yang pada asalnya dari jiwa yang satu. Oleh itu, hubungan sesame manusia perlu dijaga agar tidak berlaku kezaliman. Antara cirri-ciri yang perlu ada pada setiap hambaNYA ialah saling menghormati tanpa mengira bangsa. Tanam pada diri sikap tolong menolong. Serta sifat-sifat lain yang mendatangkan manfaat kepada kita sendiri.

Pada awalnya, kita semua bersatu dalam konsep kesatuan ummah. Islam tidak pernah mempertikaikan agama lain malah tidak pula bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi mahupun politik.

Allah turut berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud :
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjdaikan kamyu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang ebih takwanya di antara kamu (bukan keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNYA”


Bagaimana pula mahu menjaga hubungan dengan alam?
-Fungsi alam semesta ialah untuk member kepentingan kepada makhluk ciptaanNYA. Justeru itu,selaku khalifah Allah SWT, kita selaku manusia bertanggungjawab dalam memastikan alam terpelihara. Beza antara manusia dan alam (ciptaanNYA) ialah, manusia mempunyai taraf yang berganda tinggi kerana dianugerahkan akal fikiran dimana tidak dimiliki oleh alam mahupun binatang.

Sifat-sifat tamadun islam


Assalamualaikum wbt..

Pada entri ini, hasil dari pembacaan anda mungkin akan mengetahui serba sedikit tentang asas kepada tamadun islam. Iaitu, sifat-sifat yang ada dalam tamadun islam.

Sebelum saya terangkan dengan jelas tentang 6 sifat-sifat tamadun islam, marilah kita rungkai apakah asas yang telah menjadikan ia mampu bertahan tidak kira di mana ianya berada dan tidak mengira waktu. Ianya adalah kerana, tamadun islam ini berteraskan WAHYU.

::Kesejagatan::
Yang membawa maksud, Tamadun Islam dapat dikesan di mana sahaja di muka bumi tanpa sempadan geografi asalkan menjadikan Islam sebagai al-din. Malah, agama islam jua tidak tertumpu kepada bangsa mahupon bahasa tertentu sahaja.
islam di Arab

islam di Malaysia

islam di China


::keterbukaan::
Tamadun Islam jua menerima baik serta menggalakkan unsure-unsur baik yang ada pada tamadun lain selagi ianya tidak melanggar syariat islam. Keterbukaan Tamadun Islam ini membuatkan penerimaannya mudah diterima serta tidak membebankan kebanyakan manusia.

::Sepanjang Zaman::
Tamadun Islam ialah satu-satunya agama yang dapat ditentukan tarikh kewujudannya. Pabila turunnya wahyu pertama iaitu (surah al-alaq) kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan atau bersamaan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Dikukuhkan lagi pabila selepas Hijrah pada tahun 622 Masihi, Negara Islam di Madinah masih kekal sehingga ke hari ini tanpa sempadan masa.

::Toleransi::
Toleransi  yang ada di dalam Tamadun Islam membuatkan agama selain agama islam dan budaya lain menyenangi kehadiran agama islam walaupun hakikatnya mereka menganut agama yg berlainan. Sebagai contoh, tamadun islam berkembang ke luar dari semenanjung tanah arab dan diterima baik oleh masyarakat tempatan. Ianya juga melindungi hak asasi masyarakat tempatan tanpa mengira agama.

Bagi masyarakat tempatan yang beragama islam, mereka bebas mengamalkan budaya atau adat resam mereka selagi ianya tidak melanggar syariat yang di tetapkan di dalam islam.

Pada mereka yang menganut agama selain Islam, hak mereka tidak diketepikan kerana hak asasi terus terpelihara, kebebasan dalam beragama dan berbudaya turut dibenarkan. Oleh itu, ianya menjadi akar kepada keharmonian dan keamanan dalam mengekalkan masyarakat setempat.

::Keseimbangan rohani dan jasmani::
Ianya turut dititikberatkan kerana, di dalam Islam ada menyebut tentang kewujudan manusia dalam entity utama (roh dan jasad). Maka dengan itu, keseimbangannya perlu kerana hasilnya mampu membuatkan Tamadun Islam gah dalam mengecapi kejayaan.

Thursday 12 April 2012

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Assalamu'alaikum w.b.t, dan salam 1 Malaysia!
Bertemu Kembali. 

Untuk Sidang perkongsian kali ini, kita ingin berkata mengenai Tamadun Islam daripada aspek sejarah yang awal.. Selamat membaca!




Petikan Akhbar yang mengemukakan pendapat seorang rakyat  terhadap Negara Malaysia. Kagum.

SEJARAH TAMADUN ISLAM
Zaman Hellinisme(500 tahun B. C), juga terkenal dengan zaman Falsafah Yunani. Tokoh-tokoh yang mempeloporinya ialah Plato, Socrates, dan Aristotle. Mereka telah mengemukakan satu pegangan Hidup kepada masyarakat, iaitu: Bumi sebagai pusat. Manakala Mata Hari, Bulan, dan Bintang-Bintang adalah sebagai sistem. Falsafah ajaran ini sangat masyhur dan dipegang tanpa bantahan oleh masyarakat walaupun mereka telah meninggal dunia. 

Dalam pada itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Isa a. s (Permulaan Tahun Masihi) dan Baginda dibekalkan dengan WahyuNya iaitu Kitab Injil sebagai pegangan hidup yang murni dan benar kepada rakyatnya(kaum Yahudi). Sebahagian yang lain enggan, lantaran pengaruh Falsafah Yunani telah menjadi darah daging masyarakt. Jadi masyarakat pada ketika itu berpecah kepada dua golongan kerana bertembung dua pegangan iaitu :
1. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a. s.
2. Ajaran falsafah Yunani.

Perpecahan makin bertambah runcing sebaik sahaja Nabi Isa a. s wafat/diangkat oleh Allah SWT ke langit.
Untuk meredakan suasana dan mengelakkan perpecahan yang berlarutan berlaku sesama sendiri, maka pembesar-pembesar yang menyokong falsafah Yunani pada ketika itu mengemukakan satu idea iaitu memasukkan ajaran Falsafah Yunani ke dalam Kitab Injil, di mana golongan Paderi yang berkuasa. Walaupun pengikut Nabi Isa a. s yang kecil bilangannya tidak setuju dan membantah dengan keras, tetapi akhirnya berlaku juga. Dengan itu, terjadilah satu penyelewengan yang besar berlaku ke atas masyarakat setempat iaitu ajaran yang benar telah bercampur aduk dengan ajaran yang batil. 

Dengan demikian, para Paderi telah mengambil kesempatan untuk berkuasa secara mutlak dengan memberi panduan kepada rakyatnya bahawa paksi pegangan hidupnya ada Tiga Dasar iaitu: Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus. Bumi, Mata Hari, Bulan, dan Bintang-Bintang adalah sebagai sistem. Hal ini berlaku sehinggan berabad-abad lamanya. 

Walau pun begitu, hasrat impian kepada keamaman dan kesepaduan juga tidak wujud, malah kekacauan dan kezaliman terus berlaku dimana-mana sahaja sehingga lahirlah Nabi Muhammad s.a.w(570 Masihi) dan diutuskan oleh Allah SWT sebagai Rasul bagi umat Islam keseluruhannya.
Pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa Al-Rasyidin Radhiallahu'anhum terkenal dengan zaman kecermelangan dan asas pembinaan masyarakat, di mana mereka memainkan peranan penting melakukan perubahan untuk mentamadunkan masyarakat sejagat dengan keadilan dalam semua aspek iaitu aspek keakidahan, Hukum Syarak, Mementingkan Ibadah & Ilmu Pengetahuan, dan memupuk kesepaduan dan perpaduan dalam masyarakat.

Selanjutnya pada zaman pemerintahan Abbasiyah di Baghdad dan Pemerintahan Umaiyah di Sepanyol terkenal pula dengan zaman kecemerlangan ilmu pengetahuan, baik ilmu pengetahuan agama khusus(Ulumul Naqliyah) mahu pun ilmu pengetahuan umum(Ulumul 'Aqliyah). Hal ini semua adalah berpunca antara lain:
1. Islam itu sendiri.
2. Berlandaskan kepada sumber yang benar iaitu Al-Qur'an dan Al-Hadis.

3. Wujudnya kepimpinan Rasullah s.a.w dan generasi ulamak yang beramanah serta cekal hati.
4. Umat Islam menghayati sepenuhnya ajaran tersebut.
5. Sentiasa membudayakan ilmu.
6. Perpaduan, persefahaman, dan toleransi beragama.
7. Semangat jihad/ dakwah yang kental tanpa kepentingan apa-apa yang bersifat keduniaan.
Selang beberapa tahun kemudian, bibit-bibit kelemahan umat Islam kian ketara. Ianya jelas kelihatan bermula pada tahun selepas pemerintahan para sahabat Rasullah s.a.w. Perpecahan mula berlaku di sebabkan krisis fahaman politik dalaman sehingga wujudnya pelbagai aliran seperti:
i. Puak syiah.
ii. Puak khawarij.
iii. Puak Muktazilah.
iv. Puak Muktazilah.

dan juga ideologi-ideologi yang sempit, disamping berlakunya pembunuhan dan peperangan sesama sendiri. Ibnu Khaldun pernah mengutarakan dalam Muqadimmahnya bahawa sesuatu tamadun akan hancur apabila manusia tenggelam dalam kemewahan hidup, para pemimpin tidak berakhlak, mereka mengutamakan kebendaan, dan hilangnya solidariti sosial serta masing-masing individu mementingkan diri sendiri.

Hal ini telah terbukti dengan jelas, pada peringkat awal zaman pemerintahan Abbasiya, Baghdad disegani dunia, tetapi saat akhirnya ditawan oleh bangsa Tatar. Begitu juga nasib yang menimpa kerajaan Umaiyah II di Sepanyol hanya dapat bertahan selama 800 tahun sahaja(711 sehingga 1492M) yang akhirnya dimusnahkan oleh kuasa Barat yang beragama Kristian sehinggalah dewasa ini. Perkara yang sama juga berlaku ke atas kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki jatuh ke tangan sekular yang di pelopori oleh Mustafa Kemal Atartuk pada abad 19. Akibat dari itu, satu demi satu negara Islam khusunya di Asia Barat dan dipersekitaran rantau sini dijajah oleh kuasa Barat, termasuk Malaysia. Pada ketika itu hampir semua negara Islam tidak mampu berdikari, mereka terpaksa bergantung kepada kuasa besar barat. Zaman ini terkenal dengan zaman kegelapan umat Islam, Ianya berlaku selama lebih kurang 600 tahun. 

Pada masa ini pula, pemerintahan sekular dan model barat secara besar-besaran mula diperkenalkan ke atas ummah di negara-negara Islam, yang membawa akibat kemusnahan terhadap tradisi, kebudayaan, dan sistem Islam secara beransur-ansur, di samping penanaman pemikiran penjajah secara halus. Implikasi dari itu, maka berlakulah krisis nilai-nilai moral keatas rakyat di mana mereka berada.
Walau bagaimana pun. Islam adalah satu-satunya agama Allah SWT di muka bumi ini. Ianya tidak akan dilenyapkan dengan begitu sahaja. Dari generasi ke generasi, maka muncullah anak-anak muda yang insaf di sana sini menganjur dan mempelopori gerakan pembaharuan dalam perjuangan menegak kemurniaan Islam kembali. Perjuangan itu terkenal dengan Gerakan Pembaharuan Islam.

Ekoran dari itu, maka lahirlah pula gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia, walau pun secara perlahan, tetapi menyeluruh. Umat Islam mula sedar betapa perlunya Islam dalam sistem hidup kerana model barat yang dilaksanakan penjajah selama ini gagal untuk menangani masalah umat Islam sejagat.

Pada peringkat awalnya kebangkitan bergerak di negara sebelah Asia Barat dan Asia seperti: Mesir, Sudan, Algeria, Iran, Pakistan, Malaysia, Indonesia, dan lain-lain negara kecil. Dengan adanya beberapa percubaan umat Islam dalam gerakan tersebut, maka pihak barat semakin curiga dengan aktiviti mereka, lebih-lebih lagi hal ini muncul dibeberapa buah negara di blok Barat. Atas dasar kecurigaan tersebut mereka mula berusaha menyekat kebangkitan Islam dengan apa cara sekalipun supaya tidak merebak, lebih-lebih lagi kejatuhan komunis memberi ruang yang luas untuk barat berhadapan dengan Islam. Rupanya hal ini meleset sama sekali kerana negara Islam mula muncul sebagai kuasa ekonomi, ketenteraan, politik, dan sebagainya. di samping itu ramai pula warganegara blok barat telah mengkaji tentang Islam dan terus memeluk agama Islam itu. Ini Merupakan petanda baik dan akan muncul pula giliran barat menuju kehancuran pada abad ke-21 nanti.



ISTILAH-ISTILAH TAMADUN.
Perkataan tamadun telah menjadi satu istilah lumrah yang diguna pakai oleh golongan tertentu. Namun begitu, ada para sarjana menggunakan istilah-istilah lain yang seerti dengan tamadun. Istilah-istilah tersebut akan dikemukan dalam tiga bahasa iaitu:

Menurut Bahasa Arab:
1. Istilah Umran. Perkataan umran berasal dari kata akar "amara". Ianya di kemukakan oleh Ibnu Khaldun yang memberi pengertian bahawa kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur, di sebalik kawasan kering atau terbiar. (Zakaria Hashim Zakaria th. 1970)
Di samping istilah diatas, Ibnu Khaldun juga telah menggunakan istilah Hadharah. Berasal dari kata "hadara", "yahduru", "hadratan" yang memberi maksud suatu wilayah yang mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam di kalangan mereka apabila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanannya serta kehidupan secara kolektif yang tersusun. ('Uthman El Muhammady, th. 1989)

Menurut Malek Ben Nabi dalam Abd. Latif Muda(1983) mengatakan bahawa istilah hadarah mengandungi dua pengertian iaitu:
i. Pengertian secara objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke generasi dalam sesuatu masyarakat.
ii. Pengertian secara subjektif iaitu suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
Walau pun kedua-dua istilah tersebut nampak perbezaan maksud dan huraian tetapi menurut M. A. J Beg mengatakan bahawa perkataan umran dan hadarah adalah boleh dipadu bersama.

2. Istilah Madaniah. Istilah ini di ambil dari kata akar "madinah" yang bermaksud "bandar". Ianya wujud pertalian erat dengan perkataan inggeris "civilization" yang bermaksud "tamadun muncul berkembang di bandar-bandar". Istilah ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana pada abad ke 20 yang bernama Farid Wajdi mengatakan bahawa Madaniah ialah suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan, dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. (M. A. J. Beg).

3. Istilah Tamadun. Menurut kamus Dewan Edisi Baru(1989) mengatakan bahawa tamadun itu adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik, dan yang tinggi peradabannya.
Istilah ini juga diutarakan oleh Jurji Zaidan, di mana mengatakan bahawa tamadun itu ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod-rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. (M. A. J. Beg. th. 1987:7).

Menurut Uthman El Muhammady mengatakan bahawa perkataan istilah "tamadun" ialah berasal dari kata "maddana" yang bererti membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang/ masyarakat yang mempunyai peradaban. Justeru itu perkataan "madinah" yang berasal dari mufrad "dana" bererti meminjam/ berhutang. Jika dari kata "din" bererti kalimat agama. Syarak bahawa tamadun itu ialah mencerminkan aspek penduduk kota yang memiliki masyarakat yang tersusun dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Ia maju kehadapan dari segi kebendaan berbanding dengan hidup sederhana di kalangan orang Arab Badwi. 

1. Istilah kebudayaan. Menurut Abu Bakar Hamzah(1972) mengatakan bahawa istilah tamadun itu sama dengan istilah "kebudayaan". Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

2. Istilah peradaban. Menurut Dr. Ismail Hamid(1983) dan Muhammad Uthman El Muhammadi(1976) mengatakan bahawa peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial, dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.

Dari pelbagai istilah tamadun yang
1. Pengajaran dalam Al Qur'an.
Kita sudah maklum bahawa Al Qur'an adalah merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al Qur'an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak. Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna, tidak dapat dibantah walau pun satu ayat. Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa sahaja kerana Al-Qur'an itu sebagai manual kepada makhluk manusia. Di mana pendidikan Islam amat memainkan peranan terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam.

BERSIFAT MENYELURUH
Semua aspek dalam tamadun Islam adalah penting dalam ajaran Islam itu sendiri. Di antara satu aspek dengan aspek lain saling berhubung kait dan saling bantu membantu kerana ia merupakan satu keseluruhan untuk mempertingkatkan kecemerlangan hidup ummah di dunia dan di akhirat. 

Misalnya:
i. Aspek spiritual perlu kepada aspek material dan begitu juga sebaliknya. Yang mana kedua-dua aspek tersebut bertujuan sama-sama untuk melahirkan ummah yang berkeperibadian tinggi dan berwibawa.
ii. Aspek individu perlu kepada aspek masyarakat dan sebaliknya kerana tiap-tiap manusia tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan masyarakat lain, begitu juga ianya disebut sebuah masyarakat kerana adanya individu. Sebagai contoh: untuk mendapat sebiji beras sahaja memerlukan penglibatan masyarakat, seperti: orang yang menanam, orang yang mengisar, orang yang menjual, dan seumpamanya.
iii. Aspek dunia perlu kepada aspek akhirat dan sebaliknya. Jika manusia berjuang untuk kesenangan hidup di dunia semata-mata adalah tidak logis kerana setiap orang akan mati dan bermula hidup di akhirat pula. Sebaliknya manusia berjuang hanya untuk kesenangan hidup di akhirat semata-mata, ini juga tidak mungkin kerana sekarang kita berada di alam dunia. Oleh itu mengimbangi hidup kehidupan di dunia dan di akhirat adalah suruhan Ilahi SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 201 sebagai berikut:
Pengertiannya:
". . Ya Tuhan kami! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. "


Mempertimbangkan Ilmu Pengetahuan dan Penggunaan Penulisan.
Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w sebagai berikut:
Pengertiannya:
"Dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad. "

Tujuan menuntut ilmu pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di samping memakmurkan alam dalam semua aspek. Hal ini adalah sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Negara yang bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan perkembanagan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh: Kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan, walau pun keseluruhan negara Barat lain masih dalam "dark ages" atau zaman kegelapan.

Mempunyai senibina tersendiri.
Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan bandar-bandar. Menurut Prof. Dr. J. A. Toynbee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna kerana lahirnya di bandar-bandar yang dibina oleh Islam. Walau pun demikian, seni bina Islam ini tidak pula mengabaikan aspek-aspek keTuhanan. Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti khat dan seni awan larat. Kedua-dua jenis ini digunakan untuk menghiasi kulit-kulit kitab. Bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya.

Kemunculan bandar-bandar baru.
Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan. Berkat keredhaan Allah SWT yang dikurniaNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, hanya selang beberapa tahun kemudian, Islam telah mengembangkan sayapnya secara meluas ke negara-negara lain, seperti: di Afrika Utara, Afrika Tengah, di Barat iaitu Sepanyol, dan Pulau Sicily. Sebahagian besar penduduk-penduduk di negara tersebut telah memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan tamadun Islam. Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang membangun di sana-sini yang amat megkagumkan dunia, tanpa mengabaikan ciri-ciri ke Islaman seperti: bangunan Masjid, Perpustakaan, Istana dan seumpamanya.

Kesepaduan Ummah.
Walau pun masyarakat alam pelbagai negara yang berada di bawah naungan Islam merupakakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya, tetapi mereka saling membantu dan bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun ke peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek, baik dari segi rohani mahu pun jasmani. Kesepaduan demikian, akhirnya membawa kecemerlangan tamadun Islam secara keseluruhannya. Sebagaimana pepatah melayu berkata:
"Bersatu teguh-berpecah roboh".






Ketamadunan ISLAM Yang Mengubah Dunia.

Assalamu'alaikum w.b.t.. Salam Sejahtera Buat Semua..
Hai Hai ! Kembali lagi kepada isu 1001 persoalan mengenai tamadun  islam dan tamadun asia.
Dalam isu kali ini, kami berlima ingin membawa saudara/saudari kepada satu fenomena unik yang kita sendiri tidak sedar akan hakikatnya.

Apakah? Tentu anda semua tertanya-tanya.
Ya, isu kali ini berkait rapat dengan Agama rasmi negara Malaysia iaitu agama Islam. [Proud to be born as Muslim]

Apakah sumbangan tamadun dan apakah yang wujud dalam tempoh pembangunan sesebuah tamadun untuk menjadi terkemuka? anda semua ingin tahu?

Secara umumnya, kita tahu bahawa ketamadunan telah membawa kepada pelbagai penemuan baru dan para sejarawan juga telah membuktikan yang dalam setiap tamadun itu mempunyai keunikan nya yang tersendiri. keunikan yang dimaksudkan di sini adalah berkaitan cara hidup terutamanya. Yang membezakan sesuatu tamadun itu dengan tamadun yang lain nya juga adalahd aripada cara hidup mereka, kepercayaan mereka, sistem ekonomi, geografi dan pelbagai aspek lain lagi.

Kali ini kami ingin berkongsi mengenai penemuan-penemuan revolusi tamadun islam yang telah mengubah dunia. 
Mengubah dunia ?  
Ini adalah persoalan yang ingin kita kupas.
Selamat Membaca !


Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan Islam. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan Islam yang kita seperti lupakan. Mungkin juga kita tidak tahu ??
Di pameran Muzium Sains London, mendedahkan banyak perkara yang menyumbang kepada tamadun bukan barat (yang manusia agung-agung kan). Penemuan-penemuan yang mereka ketengahkan adalah dari tamadun bukan Barat, seperti kerajaan Islam meliputi Sepanyol dan Portugis, selain Italy dan merebak kepada pedalaman kawasan China.
Inilah penemuan Islam yang menakjubkan. !

1. OPERASI PEMBEDAHAN


Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia yang menggambarkan tentang operasi pembedahan yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih daripada 500 tahun. Di antara penemuan doktor Al Zahrawi adalah menggunakan larutan usus kucing untuk menjadi benang jahitan pada luka, dan menangani operasi kedua mengeluarkan jahitan pada luka. beliau juga dilaporkan mencipta sepasang alat penyepit untuk pembedahan.


2. KOPI


Kopi ketika ini telah dinikmati oleh setiap lapisan masyrakat diseluruh dunia. Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada mulanya kopi membantu kaum sufi berjaga lewat malam untuk beribadah. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudian kopi disukai oleh semua orang pada ketika itu. Pada abad ke-13 kopi dibawa menyeberang ke Turki, namun kopi diperkenalkan di Eropah pada abad ke-16,kopi pula dibawa ke Italy oleh pedagang Venice.

p/s: zaman sekarang,kopi digunakan untuk berjaga malam kerana? assignment yang tidak siap-siap.. Lumrah seorang pelajar.

3. MUZIK


Muzik islam memiliki pengaruh penting di Eropah. Antara alat muzik banyak datangnya ke Eropah melalui Timur tengah adalah seruling dan rahab, nenek moyang biola. Nota muzik skala moden juga dikatakan berasal dari abjad Arab.

4. MESIN TERBANG
















Abbas Ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina kapal terbang membuat dan menerbangkannya. Pada abad ke-9, dia melukis sayap dan alat khas seperti kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova, Sepanyol, Abbas Ibn Firnas berjaya terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum terjatuh ke tanah dan mengalami patah tulang belakang. Rekaannya menjadi inspirasi bagi seniman Itali, Leonardo Da Vinci ratusan tahun kemudian.

5. ALGEBRA














Algebra berasal daripada tajuk buku matematik yang terkenal di Parsi pada abad ke-9. 'Kitab al-Jabr Wal-Mugabala', diterjemahkan ke dalam buku 'The Book Of Reasoning and Balancing'. 
Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, algebra merupakan satu sistem yang menyatukan nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik Al-Khwarizmi memperkenalkan konsep angka.

6. OPTIK


"Banyak kemajuan penting dalam kajian optik datang daripada kajian Islam." ujar Hassani. Antara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari pantulan cahaya dan masuk ke dalam mata, teori Euclid dan Ptolemy mengatakan bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik Islam juga menemui fenomena kamera bagaimana imej mata boleh dilihat dalam hubungan antara optik dan otak.
p/s: Dari kerana mata... dan mempunyai kuasa... oh..aku terpesona. SubhanaAllah !ciptaan Tuhan Maha Esa.

7. UNIVERSITI


Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima Al-Firhi menubuhkan sebuah universiti peringkat pertama di Maghribi Fez. Adik perempuannya Miriam pula mendirikan masjid indah yang berfungsi sebagai masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1 200 Tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat pembelajaran adalah teras tradisi Islam dan cerita tentang Al-Firhi bersaudara akan menjadi inspirasi wanita Islam di seluruh dunia.
p/s: Lebih ramai wanita bebanding lelaki yang menjejakkan kaki ke universiti. Apa pendapat anda?

8. BERUS GIGI


Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW memperkenalkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Kandungan bahan dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.


9. ENGKOL


Sasar sistem automatik moden pertama kali datang dari dunia Muslim. Termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan berputar dengan gerakan lurus, pemutar memusingkan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-Jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Semua kesembilan penemuan teknologi dan perkembangan budaya hidup yang dinyatakan di atas jelas membuktikan bahawa tamadun Islam itu sangat unik dan banyak menyumbangkan kepada peningkatan taraf hidup manusia.

Justeru, marilah kita sama-sama menghayati dan mendalami denagn lebih lagi mengenai ilmu ketamadunan dan ilmu-ilmu kehidupan ini. Kita akan mendapati betapa besarnya Zat Allah S.W.T kurniakan kepada kita sekalian manusian tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

Wassalam....