Assalamualaikum wbt..
Pada entri ini, hasil dari pembacaan anda mungkin akan
mengetahui serba sedikit tentang asas kepada tamadun islam. Iaitu, sifat-sifat
yang ada dalam tamadun islam.
Sebelum saya terangkan dengan jelas tentang 6 sifat-sifat
tamadun islam, marilah kita rungkai apakah asas yang telah menjadikan ia mampu
bertahan tidak kira di mana ianya berada dan tidak mengira waktu. Ianya adalah
kerana, tamadun islam ini berteraskan WAHYU.
::Kesejagatan::
Yang membawa maksud, Tamadun Islam dapat dikesan di mana
sahaja di muka bumi tanpa sempadan geografi asalkan menjadikan Islam sebagai
al-din. Malah, agama islam jua tidak tertumpu kepada bangsa mahupon bahasa
tertentu sahaja.
islam di Arab
islam di Malaysia
islam di China
::keterbukaan::
Tamadun Islam jua menerima baik serta menggalakkan
unsure-unsur baik yang ada pada tamadun lain selagi ianya tidak melanggar
syariat islam. Keterbukaan Tamadun Islam ini membuatkan penerimaannya mudah
diterima serta tidak membebankan kebanyakan manusia.
::Sepanjang Zaman::
Tamadun Islam ialah satu-satunya agama yang dapat ditentukan
tarikh kewujudannya. Pabila turunnya wahyu pertama iaitu (surah al-alaq) kepada
Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ pada 17 Ramadhan atau bersamaan dengan 6 Ogos
610 Masihi. Dikukuhkan lagi pabila selepas Hijrah pada tahun 622 Masihi, Negara
Islam di Madinah masih kekal sehingga ke hari ini tanpa sempadan masa.
::Toleransi::
Toleransi yang ada di
dalam Tamadun Islam membuatkan agama selain agama islam dan budaya lain
menyenangi kehadiran agama islam walaupun hakikatnya mereka menganut agama yg
berlainan. Sebagai contoh, tamadun islam berkembang ke luar dari semenanjung
tanah arab dan diterima baik oleh masyarakat tempatan. Ianya juga melindungi
hak asasi masyarakat tempatan tanpa mengira agama.
Bagi masyarakat tempatan yang beragama islam, mereka bebas
mengamalkan budaya atau adat resam mereka selagi ianya tidak melanggar syariat
yang di tetapkan di dalam islam.
Pada mereka yang menganut agama selain Islam, hak mereka
tidak diketepikan kerana hak asasi terus terpelihara, kebebasan dalam beragama
dan berbudaya turut dibenarkan. Oleh itu, ianya menjadi akar kepada keharmonian
dan keamanan dalam mengekalkan masyarakat setempat.
::Keseimbangan rohani dan jasmani::
Ianya turut dititikberatkan kerana, di dalam Islam ada
menyebut tentang kewujudan manusia dalam entity utama (roh dan jasad). Maka
dengan itu, keseimbangannya perlu kerana hasilnya mampu membuatkan Tamadun
Islam gah dalam mengecapi kejayaan.
No comments:
Post a Comment