Pabila bicara tentang keajaiban dunia, semestinya kita akan memikirkan tentang keunikan dan keagungan ciptaan yang terdapat di muka bumi yang menjadi lambang kebanggaan dunia. Antaranya ialah Piramid, Taj Mahal, Tembok Besar Cina, Menara Condong Pisa, Angkor Watt, Menara Eiffel dan Kuil Parthenon.
Disebalik konsep yang bermain difikiran kita, terdapat jua insan yang memikirkan sesuatu yang lain daripada yang lain tentang konsep keajaiban itu sendiri.
Dibawah ini ialah KISAH BENAR yang berkaitan dengan kelainan konsep keajaiban dunia oleh Siti Aisyah Marzuki iaitu pelajar daripada Universiti Malaysia Sarawak.
From: siti aishah Marzuki
<aishahmarzuki@yahoo.com.my>
Subject: 7 keajaiban dunia..
To: "yuriz erika" <yuriz_erika7@yahoo.com>
Date: Thursday, May 21, 2009, 5:20 PM
Subject: 7 keajaiban dunia..
To: "yuriz erika" <yuriz_erika7@yahoo.com>
Date: Thursday, May 21, 2009, 5:20 PM
Sekelompok siswa-siswi
kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal
pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir
merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-
sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina 4) Menara Condong Pisa 5) Angkor Watt 6) Menara Eiffel 7) Kuil Parthenon
Ketika
mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar,
seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.. Jadi,
pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat
senarainya.
Gadis pendiam
itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Si Pensyarah
berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami
dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu
ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia”
adalah,
1) Dapat
melihat
2) Dapat mendengar 3) Dapat menyentuh 4) Dapat menyayangi
Dia ragu
sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat
merasakan,
6) Dapat tertawa, 7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah
tersebut sunyi seketika.
Pengajaran
Cerita Ini:
Alangkah
mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya
“keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk
kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda
hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan
.....
|