Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

WELCOME! -Terima Kasih- Kami Ucapkan Dalam Pelbagai Bahasa Dunia.

Bahasa Inggeris : Thank You
Bahasa Sepanyol : Gracias
Bahasa Jepun : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita
Bahasa Belanda : Dank Je
Bahasa Italia : Grazie
Bahasa Korea : Gamsa-hamnida
Bahasa Mandarin : Xie-xie
Bahasa Arab : Syukran
Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie
Bahasa India : Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya
Bahasa Finlandia : Kiitos, Kiitoksia
Bahasa Tagalog : Salamot
Bahasa Thai : Khwap khun, khwap khun khrap
Bahasa Scotlandia : Thank ye, Thenk Ye

Followers

Saturday 31 March 2012

Benarkah Itu Keajaiban Dunia?

Assalamualaikum wbt.

Pabila bicara tentang keajaiban dunia, semestinya kita akan memikirkan tentang keunikan dan keagungan ciptaan yang terdapat di muka bumi yang menjadi lambang kebanggaan dunia. Antaranya ialah Piramid, Taj Mahal, Tembok Besar Cina, Menara Condong Pisa, Angkor Watt, Menara Eiffel dan Kuil Parthenon. 


Disebalik konsep yang bermain difikiran kita, terdapat jua insan yang memikirkan sesuatu yang lain daripada yang lain tentang konsep keajaiban itu sendiri.


Dibawah ini ialah KISAH BENAR yang berkaitan dengan kelainan konsep keajaiban dunia oleh Siti Aisyah Marzuki iaitu pelajar daripada Universiti Malaysia Sarawak. 





From: siti aishah Marzuki <aishahmarzuki@yahoo.com.my>
Subject: 7 keajaiban dunia..
To: "yuriz erika" <yuriz_erika7@yahoo.com>
Date: Thursday, May 21, 2009, 5:20 PM


Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,
1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan .....





No comments:

Post a Comment