Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

Sejarawan Muda Membongkar Rahsia

WELCOME! -Terima Kasih- Kami Ucapkan Dalam Pelbagai Bahasa Dunia.

Bahasa Inggeris : Thank You
Bahasa Sepanyol : Gracias
Bahasa Jepun : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita
Bahasa Belanda : Dank Je
Bahasa Italia : Grazie
Bahasa Korea : Gamsa-hamnida
Bahasa Mandarin : Xie-xie
Bahasa Arab : Syukran
Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie
Bahasa India : Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya
Bahasa Finlandia : Kiitos, Kiitoksia
Bahasa Tagalog : Salamot
Bahasa Thai : Khwap khun, khwap khun khrap
Bahasa Scotlandia : Thank ye, Thenk Ye

Followers

Saturday 31 March 2012

Mukadimah Ketamadunan

Assalamualaikum wbt.

Permulaan entri kami mulakan dengan pengenalan dan definisi mengenai istilah tamadun itu sendiri.

Disini kami tampilan dua sudut iaitu perspektif semasa dan perspektif etimologi.

Dari perspektif semasa : merujuk kpd pencapaian yang tinggi dalam bidang sains & teknologi, yangg mana ia lebih sinonim dgn tamadun Barat.

Dr sudut etimologi: berasal daripada perkataan arab iaitu maddana yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar serta perbuatan memperhalus budi pekerti.

Dalam bahasa lainnya, tamadun turut diklasifikasikan kepada dua perkataan iaitu, Hadharah dan Civilization. 

Hadharah: merujuk kpd perbuatan duduk dibandar &  perilaku kehidupan yg tinggi.

Civilization:menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dgn kemajuan kebendaan.

Kami turut tampilkan perspektif tamadun menurut 6 orang tokoh terkemuka seluruh dunia. Mereka terdiri daripada Sayyid Qutb,Ibn Khaldun Collingwood,Arnold Toynbee,Edward L. Farmer dan Syed Naquib Al-Attas. Setiap tokoh mempunyai pandangan yang berbeza tentang tamadun.



Syed Naquib Al-Attas: keadaan kehidupan insan bermasyarakat yg tlh mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan yg luhur bg seluruh masyarakatnya.



Ibn Khaldun: menggunakan istilah Umran yg bermaksud kemajuan & kemakmuran. Apb digabungkan dgn perkataan madani maka ianya didefinisikan sbg masyarakat manusia yg maju & makmur sama ada di kota @ di desa. Ibn Khaldun jg mendefinisikan tamadun Islam sbg pencapaian manusia yg sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dpt membuka jln kearah pemikiran & penghasilan daya cipta yg halus & seni.

Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi.

Arnold Toynbee: tamadun merupakan suatu kehidupan yg unggul yg dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik & pentadbiran yg menjamin kemajuan & keselamatan masyarakat.

Edward L. Farmer: tamadun sbg unit budaya yg besar yg mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi & institut yg dikongsi bersama & diwarisi dr generasi ke generasi yg lain.

No comments:

Post a Comment